Episod Impak Minima Bahagian 2

Catatan: Setiap episod bermula dengan awalan "Tolong!" (versi BM)

MusimEpisodTarikh siaran pertama di Astro Warna & Astro Ria Episod 9
Episod pertamaEpisod akhir
2817 November 2009 (2009-11-17)31 Disember 2009 (2009-12-31)

Musim 2 (2009)

No.TajukTarikh siaran asal
1"Tolong! Ada Kala Jengking!"17 November 2009 (2009-11-17)
Mumia terkejut mendapati ada kala jengking dijumpai di rumahnya, kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
2"Tolong! Abang Kobi Tersekat!"24 November 2009 (2009-11-24)
Sofi dan Tatak sedang bermain di taman permainan sehingga Kobi datang menunjukkan kemahiran bermain dalam gelongsor. Kobi tersekat dalam gelongsor dan mereka berdua kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
3"Tolong! Ada Budak Jatuh!"1 Disember 2009 (2009-12-01)
Bel perlu menjaga adiknya yang masih kecil, namun terleka dengan permainan video sehingga tidak menyedari bahawa adiknya itu memanjat balkoni dan hampir terjatuh. Rescue Squad datang menyelamatkan keadaan.
4"Tolong! Happy Bear Hilang!"8 Disember 2009 (2009-12-08)
Happy Bear, Tatak dan Paan berkhemah bersama-sama. Namun, semasa berjalan di sekitar hutan, Happy Bear hilang dan ini merisaukan Tatak dan Paan mengenai keberadaannya. Mereka berdua menghubungi Rescue Squad untuk mengesan Happy Bear.
5"Tolong! Virus Dah Merebak!"15 Disember 2009 (2009-12-15)
Kimi sedang menjalani kuarantin di hospital dan berada di bawah pemantauan doktor. Namun, dia menghilangkan diri untuk menonton sarkas. Doktor dan jururawat meminta bantuan Rescue Squad untuk mencari Kimi.
6"Tolong! Bas Terbabas!"22 Disember 2009 (2009-12-22)
Rudy dan Jax sedang bermain dalam bas dan menyebabkan Pakcik Zirafah hilang kawalan terhadap bas yang dipandunya. Mereka menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
7"Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 1)"24 Disember 2009 (2009-12-24)
Datuk Bandar dan pemandunya dalam perjalanan ke destinasi yang mereka tuju, namun mendapati ada tanah runtuh. Mereka terperangkap dalam kereta dan menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan.
8"Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 2)"31 Disember 2009 (2009-12-31)
Rescue Squad berjaya menyelamatkan Datuk Bandar dan pemandunya setelah menyedari ada satu lagi kejadian tanah runtuh dan batu besar yang cuba menghempap mereka.